Sunday 26 January 2014

Ceramah Keselamatan dan Pencegahan Kebakaran

Pada 22 Januari 2014 yang lalu dua orang penceramah khas dari Pusat Pencegahan Kebakaran  iaitu Encik Denis Khor dan Cik Grace telah dijemput untuk menyampaikan ceramah kepada warga SMK Juasseh mengenai keselamatan dan pencegahan kebakaran. Ceramah ini dijalankan selepas perhimpunan pada waktu kokurikulum iaitu pada jam 8.00 pagi sehingga jam 9.40 pagi. Ceramah dibahagikan kepada dua lokasi iaitu di Dewan Seri Juasseh (guru&staf) dan Foyer (semua murid). Ceramah di Dewan Seri Juasseh disampaikan oleh En. Denis dan Cik Grace menyampaikan ceramahnya di Foyer.
 
(Ceramah oleh En.Denis Khor di Dewan Seri Juasseh)
 


 

Secara keseluruhannya ceramah yang disampaikan adalah sangat menarik disertakan dengan tayangan video dan keratan-keratan artikel akhbar mengenai kecuaian,kebakaran mengakibatkan kemalangan jiwa dan kecacatan. Diharapkan program seperti ini dapat diteruskan di masa akan datang kerana ia mampu meningkatkan kesedaran setiap warga SMK Juasseh mengenai pentingnya keselamatan dan pencegahan awal kebakaran.

Lagu Warisan (Anak Kecil Main Api)
Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang
Nenek moyang kaya-raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa di antara kita
Cinta lenyap di arus zaman
Indahnya bumi kita
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Kita kan merintih sendiri
Jangan buang waktu lagi
Majulah raih sebuah mimpi
Hapuskan sengketa
Teruskan usaha
Kita kan gagah di nusantara
Kita kan gagah di nusantara
Kita kan gagah di nusantara
Kita kan gagah di pentas dunia


Sunday 19 January 2014

Mesyuarat PSS kali pertama sesi 2014

Mesyuarat Pusat Sumber Sekolah kali pertama sesi 2014 telah diadakan pada 9 Januari 2014 bertempat di bilik gerakan SMK Juasseh pada jam 3.00 petang. Berikut adalah carta organisasi unit PSS SMK Juasseh bagi tahun 2014: (klik pada gambar untuk paparan penuh)


Sekalung penghargaan buat semua guru yang sudi hadir ke mesyuarat kali ini walaupun sepanjang dua minggu ini telah dijalankan deretan mesyuarat antaranya:
  • Mesyuarat Agung Rumah Sukan
  • Mesyuarat Agung Kelab dan Persatuan serta Sukan Permainan
  • Mesyuarat Agung Unit Beruniform
(7 dan 8 Januari 2014) 
 
Mesyuarat Pembangunan Sukan, Taklimat Merentas Desa dan Mesyuarat Jawatankuasa Kejohanan Sofbol Terbuka Wanita juga diadakan serentak pada 16 Januari 2014, jam 3.00 petang di bilik gerakan dan turut dihadiri oleh semua guru SMK Juasseh.


 Berikut adalah antara aktiviti dan program yang dirancang pihak PSS SMK Juasseh bagi tahun 2014:

BIL
BULAN
AKTIVITI
CATATAN
1.
JANUARI
-       Kemaskini Bilik PSS (gotong-royong)

-       Mesyuarat PSS 1 /2014 (JK Induk)

-       Pengoperasian PSS

-       Kemaskini jadual waktu penggunaan PSS
Tertakluk pada perubahan jadual waktu

2.
FEBRUARI- MAC
-       Mesyuarat JK Kerja PSS 1/ 2014
AJK Kerja yang terlibat
-       Perjumpaan Pengawas Pusat Sumber 1/2014
Pembahagian tugas pengawas dan bilik-bilik khas
-       Program keceriaan PSS

-       Pengautomasian PSS
Pembelian sistem pengautomasian
-       Promosi buku baru (kempen galakan membaca)

-       Semakan Buku Nilam

-       Anugerah Pembaca Terbanyak
Hingga bulan Mac
-       Mesyuarat Minggu PSS (Karnival Panitia) 2014


3.
APRIL
-       Minggu PSS (Karnival Panitia) 2014
14-18 April
-       Pelancaran Blog PSS SMK Juasseh 2014

-       Penerbitan Buletin
Tiga kali setahun

4
MEI-JULAI
-       Mesyuarat PSS 2 /2014 (JK Induk)

-       Mesyuarat JK Kerja PSS 2/ 2014

-       Perjumpaan Pengawas Pusat Sumber 2/2014

-       Semakan Buku Nilam

-       Anugerah Pembaca Terbanyak
Hingga bulan Jun

5.
OGOS- SEPTEMBER
-       Bulan Patriotisme

-       Penggredan PSS
Secara atas talian
-       Semakan Buku Nilam

-       Anugerah Pembaca Terbanyak
Hingga bulan September

6.
OKTOBER- NOVEMBER
-       Mesyuarat PSS 3 /2014 (JK Induk)

-       Mesyuarat JK Kerja PSS 3/ 2014

-       Perjumpaan Pengawas Pusat Sumber 3/2014

-       Kemaskini Bilik PSS (gotong-royong) dan baik pulih buku.

Majlis Sambutan Maulidur Rasul 2014

Pada tanggal 16 Januari 2014 (14 Rabiulawal 1435 H) Panitia Pendidikan Islam SMK Juasseh telah menjalankan Majlis Sambutan Maulidur Rasul di Foyer sekolah. Majlis yang dipengerusikan oleh Ustaz Ahmad Fuad Bin Isa ini dimulakan dengan bacaan selawat ke atas nabi secara beramai-ramai diketuai oleh barisan guru lelaki dan kumpulan nasyid SMK Juasseh diiringi dengan paluan gendang serta alunan merdu Qasidah Ya Hanana.

Majlis turut diserikan dengan ceramah oleh Ustaz Jasni Bin Ajom dari Unit Dakwah Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS). Ceramah yang bertemakan kisah Rasulullah s.a.w disampaikan beliau adalah sangat menarik dan ada pelajar berbisik; mereka seakan-akan sedang menonton rancangan Pencetus Ummah di Astro Oasis.

(klip qasidah ya hanana)
Sekalung tahniah diucapkan kepada Panitia Pendidikan Islam kerana telah melangsungkan program ilmiah yang sangat menarik dan diharapkan agar program seperti ini dapat diteruskan di masa yang akan datang. Mengakhiri post ini serangkap selawat nabi sempena Maulidurrasul,
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد Selawat Allah ke atas Muhammad
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Selawat salam dipohon lagi
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد Selawat Allah ke atas Muhammad
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Selawat salam dipohon lagi

Sunday 5 January 2014

Hello 2014!

Assalamualaikum wbt
Entri pertama sesi persekolahan 2014 SMK Juasseh dimulakan dengan mesyuarat kali pertama:
  • mesyuarat Guru pada 26 Disember 2013
  • mesyuarat Kurikulum pada 27 Disember 2013
  • mesyuarat HEM dan KoKurikulum pada 30 Disember 2013
  • mesyuarat Panitia pada 31 Disember 2013