Sunday 26 January 2014

Ceramah Keselamatan dan Pencegahan Kebakaran

Pada 22 Januari 2014 yang lalu dua orang penceramah khas dari Pusat Pencegahan Kebakaran  iaitu Encik Denis Khor dan Cik Grace telah dijemput untuk menyampaikan ceramah kepada warga SMK Juasseh mengenai keselamatan dan pencegahan kebakaran. Ceramah ini dijalankan selepas perhimpunan pada waktu kokurikulum iaitu pada jam 8.00 pagi sehingga jam 9.40 pagi. Ceramah dibahagikan kepada dua lokasi iaitu di Dewan Seri Juasseh (guru&staf) dan Foyer (semua murid). Ceramah di Dewan Seri Juasseh disampaikan oleh En. Denis dan Cik Grace menyampaikan ceramahnya di Foyer.
 
(Ceramah oleh En.Denis Khor di Dewan Seri Juasseh)
 


 

Secara keseluruhannya ceramah yang disampaikan adalah sangat menarik disertakan dengan tayangan video dan keratan-keratan artikel akhbar mengenai kecuaian,kebakaran mengakibatkan kemalangan jiwa dan kecacatan. Diharapkan program seperti ini dapat diteruskan di masa akan datang kerana ia mampu meningkatkan kesedaran setiap warga SMK Juasseh mengenai pentingnya keselamatan dan pencegahan awal kebakaran.

Lagu Warisan (Anak Kecil Main Api)
Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang
Nenek moyang kaya-raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa di antara kita
Cinta lenyap di arus zaman
Indahnya bumi kita
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Kita kan merintih sendiri
Jangan buang waktu lagi
Majulah raih sebuah mimpi
Hapuskan sengketa
Teruskan usaha
Kita kan gagah di nusantara
Kita kan gagah di nusantara
Kita kan gagah di nusantara
Kita kan gagah di pentas dunia


No comments:

Post a Comment