Sunday 19 January 2014

Majlis Sambutan Maulidur Rasul 2014

Pada tanggal 16 Januari 2014 (14 Rabiulawal 1435 H) Panitia Pendidikan Islam SMK Juasseh telah menjalankan Majlis Sambutan Maulidur Rasul di Foyer sekolah. Majlis yang dipengerusikan oleh Ustaz Ahmad Fuad Bin Isa ini dimulakan dengan bacaan selawat ke atas nabi secara beramai-ramai diketuai oleh barisan guru lelaki dan kumpulan nasyid SMK Juasseh diiringi dengan paluan gendang serta alunan merdu Qasidah Ya Hanana.

Majlis turut diserikan dengan ceramah oleh Ustaz Jasni Bin Ajom dari Unit Dakwah Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS). Ceramah yang bertemakan kisah Rasulullah s.a.w disampaikan beliau adalah sangat menarik dan ada pelajar berbisik; mereka seakan-akan sedang menonton rancangan Pencetus Ummah di Astro Oasis.

(klip qasidah ya hanana)
Sekalung tahniah diucapkan kepada Panitia Pendidikan Islam kerana telah melangsungkan program ilmiah yang sangat menarik dan diharapkan agar program seperti ini dapat diteruskan di masa yang akan datang. Mengakhiri post ini serangkap selawat nabi sempena Maulidurrasul,
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد Selawat Allah ke atas Muhammad
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Selawat salam dipohon lagi
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد Selawat Allah ke atas Muhammad
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Selawat salam dipohon lagi

No comments:

Post a Comment